Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun kerajaan mahu menggalakkan rakyat mengutamakan buah-buahan tempatan seperti jambu, rambutan dan durian, langkah pengecualian cukai ke atas dua buah import utama itu dibuat bagi memastikan golongan berpendapatan rendah masih mampu mendapat pilihan makanan sihat.
00:00Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan HST terhadap buah-buahan impor tertentu, termasuk Apple dan Orin susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan impor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:16Anwar yang juga Menteri Keuangan berkata, walaupun kerajaan mahu menggalakkan rakyat mengutamakan buah-buahan tempatan seperti jambu, rambutan dan durian, langkah pengecualian cukai ke atas dua buah impor utama itu dibuat bagi memastikan golongan berpendapatan rendah masih mampu mendapat pilihan makanan sihat.
00:36Anwar ketika dalam mesyuarat, Jemaah Menteri telah mendengar keluhan rakyat yang masih mahukan Apple dan Orin kerana harganya lebih murah, walaupun sedikit cukai untuk impor buah-buahan lain pengecualian untuk Apple dan Orin diberikan.
00:50Namun Perdana Menteri berkata keutamaan tetap diberikan kepada buah-buahan tempatan yang kaya dengan khasiat dan mudah diperoleh mengikut musim.