Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna lebuh raya dalam satu kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini, lapor wartawan Sinat Harian, Izwan Rozlin.

Tindakan tegas itu diambil Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) susulan arahan segera Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang melihat sendiri rakaman kejadian berdurasi 30 saat itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MOT #tunjukisyaratlucah #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Seperti yang berlaku beberapa hari yang lalu, ada satu video viral yang melibatkan sebuah syarikat bus ekspres yang memandu dengan laju dan selepas dia potong, pemandu itu tunjukkan jari, menunjukkan isyarat ucah kepada orang yang mengambil video itu.
00:21Jangan ingat video viral itu tak berkesan. Ada orang kata ini dah kita viral video pun kita buat aduan kepada JPJ, tak ambil tindakan. Saya tengok video itu saja, terus saya whatsapp kepada KPJPJ, KPAPAT, saya kata ambil tindakan terus.
00:37Dan APAT terus menggantung syarikat tersebut. Syarikat tersebut telahpun digantung akan berkuat kuasa pada awal Julai depan, akan digantung operasi 30 hari.
00:49Dan leseng kenderaan tersebut akan dibatalkan. Apabila saya kata gantung, dia bukan gantung satu bas. Semua bas dia akan digantung. Dia tak boleh beroperasi syarikat itu selama 30 hari.
01:03Kerana kita ada masuk audit, ada jumpa perkara-perkara lain, ada kesalahan lain yang kita rasa serius dan perlu digantung supaya mereka mengambil tindakan pembetulan.
01:19Terima kasih kerana menonton!

Recommended