Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pas melahirkan rasa kesal dengan kenyataan dikeluarkan seorang pemimpin Pas Kawasan yang mempersoalkan pelantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pandangan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad itu bukan hanya tidak mewakili parti, malah bertentangan dengan dasar dan Perlembagaan Pas.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735673/berita/politik/pas-beri-amaran-ambil-tindakan-disiplin-ahli-pertikai-pelantikan-leftenan-jeneral-atm

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pas #Takiyuddin #PelantikanJeneralATM
Transcript
00:00PAS melahirkan rasa kesal dengan kenyataan dikeluarkan seorang pemimpin PAS kawasan yang mempersoalkan pelatikan Dato' Joni Lim Ing-Sing sebagai Lieutenant General Akatan Tertara Malaysia ATM Baharu.
00:14Setiausaha Gompas, Dato' Sri Takiuddin Hassan berkata, pandangan yang dipertua PAS Sungai Buluh Zaharuddin Muhammad itu bukan hanya tidak mewakili parti, malah bertentangan dengan dasar dan perlembagaan PAS.
00:26Dato' Sri Takiuddin berkata pelatikan Dato' Joni Lim Ing-Sing sebagai Lieutenant General ATM adalah peristiwa bersejarah yang sepatutnya diraihkan oleh semua rakyat, bukannya dipersoal dan diperlekeh semata-mata kerana latar belakang kaumnya.
00:42Menurutnya sikap perkauman atau resis dalam apa jua bentuk dan warnanya tidak ada tempat dalam PAS selain tidak cocok dengan budaya besar dan cita-cita kebangsaan negara ini.
00:53Terdahulu, media melaporkan Zaharuddin mempersoalkan pelatikan Joni Lim sebagai Lieutenant General ATM semata-mata hanya kerana beliau berketurunan China.
01:03Mengelah selanjut, Takiuddin berkata, kebolehan pencapaian, kemajuan dan kejayaan mana-mana anak Malaysia dalam apa jua bidang adalah berita gembira untuk semua bukan sebaliknya.
01:13Ia seluruh PAS tidak teragak-agak mengambil tindakan tata tertib terhadap ahli-ahlinya yang melanggar disiplin parti termasuk tingkah laku tidak sensitif yang mencemari cita-cita perpaduan negara dan menimbulkan rasa tidak harmoni serta syakwasangka dalam masyarakat.
01:31Terima kasih telah menonton!

Recommended