Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pegawai Rancangan Tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu, atas pertuduhan menipu seorang lelaki warga emas dengan mendorongnya menurunkan tandatangan pada cek untuk kerja-kerja membaik pulih Pusat Pengumpulan Getah Felda Lui Selatan, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Eddy Khirin Bunaim, 45, telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735510/berita/semasa/pegawai-felda-didakwa-tipu-warga-emas

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #tipuwargaemas #mahkamah #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Pegawai Rancangan Tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Felda, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Seremban pada Rabu atas pertuduhan menipu seorang lelaki warga emas dengan mendorongnya menurunkan tanda tangan pada Cik untuk kerja-kerja membaik pulih Pusat Pengumpulan Getah Felda Louis Selatan dua tahun lalu.
00:19Tertuduh, Adi Hirin Bunaim, 45 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dharma Fikri Abu Adam selepas kertas pertuduhan dibacakan.
00:27Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan curangnya telah menipu seorang lelaki berusia 68 tahun dengan mendorongnya menurunkan tanda tangan pada cek band milik Jawatan Kuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan Felda Louis Selatan satu bagi tujuan pembayaran wang berjumlah RM12,000 kepada seorang lelaki yang didakwa sebagai pembekal.
00:47Ia sebagai pendahuluan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih Pusat Pengumpulan Getah Felda Louis Selatan satu dan dua, sedangkan individu tersebut bukanlah pembekal yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja berkenaan yang mana lelaki warga emas berkenaan tidak akan mengambil tindakan tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
01:06Kesalahan itu dilakukan pada 16 Mac 2023 di sebuah bank terletak di jempol.
01:13Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sebutan semula kes pada 14 Ogos depan.
01:23Terima kasih telah menonton!

Recommended