Hajat ibu-bapa mahu lihat anak tunai haji usia muda termakbul

  • 3 hari lalu
Hajat ibu-bapa mahu lihat anak tunai haji usia muda termakbul

BERITA SEMASA 18 MEI 2024

Hajat ibu bapa yang mahu semua anaknya menunaikan haji di usia muda termakbul apabila lima daripada enam anak mereka bersama tiga menantu terpilih menjadi jemaah haji bagi musim 1445M/2024, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.

Rezeki itu adalah hasil perancangan dan simpanan wang selama lebih 18 tahun yang dilakukan oleh Abdul Wahab Md Saad serta Norani Mohamed Noh.

Dalam tempoh itu, wang hasil pendapatan sebagai pekerja swasta dan jururawat dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji setiap bulan bagi memastikan anak-anak mereka dapat menunaikan ibadat Rukun Islam kelima itu.

Seorang daripada anak mereka, Mohamad Fadhzli Abdul Wahab 29, berkata, walaupun ibu bapa tidak dapat bersama-sama ke Tanah Suci, namun semangat dan pesanan tetap menjadi ingatan mereka lapan beranak.

Menurutnya, ibu bapa sememangnya mahu mereka mengerjakan haji di usia muda agar dapat melaksanakan ibadat dalam keadaan sihat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665395/berita/nasional/tunai-ibadah-haji-hasil-jasa-ibu-bapa

#SinarHarian #BeritaSemasa #hajidiusiamuda #ibadahhaji