Ibu didakwa bersubahat kes kekasih rogol anak usia 12 tahun
Seorang peniaga nasi lemak berusia 61 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Jumaat atas satu pertuduhan merogol anak perempuan kekasihnya yang berusia 12 tahun pada pertengahan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Tertuduh, Azman Hasim membuat pengakuan itu atas pertuduhan mengikut mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 375 (g) kanun sama, boleh dihukum bawah Seksyen 376 (1) kanun sama.
00:00Seorang peniaga nasi lemak berusia 61 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sersen Ampang pada Jumaat atas satu pertuduhan merogol anak perempuan kekasihnya yang berusia 12 tahun pada pertengahan tahun lalu.
00:13Tertuduh Azman Hasim membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Nurshila Kamarudin.
00:19Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa atas kesalahan tersebut terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 12 tahun 4 bulan di sebuah rumah di Hulu Langat pada jam 4 petang pertengahan tahun lalu.
00:32Dia didakwa mengikut Seksyen 375 Kurungan J Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 376 Kurungan 1 Kanun Sama.
00:40Sementara itu, di Mahkamah Sama, teman wanita Azman yang berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat dalam kes rogol anak kandung wanita berkenaan didakwa membabitkan Azman.
00:55Kesalahan itu dilakukan hasil daripada persubahatannya di lokasi, masa dan tarikh serupa.
01:00Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 375 Kurungan J Kanun Sama boleh dihukum bawah Seksyen 376 Kurungan 1 Kanun Sama.
01:12Mahkamah menetapkan 7 Ogos depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
01:17Sinar harian sebelum itu melaporkan seorang kanak-kanak menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol.