Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) di Kuala Lumpur pada Khamis mengisytiharkan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie sebagai muflis kerana gagal membayar pinjaman persahabatan daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan berjumlah RM5.28 juta.
Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli, memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen pemiutang yang dikemukakan oleh syarikat Cekap Air Sdn Bhd, yang difailkan pada 20 November tahun lalu.