Seorang wanita hamil dan suaminya dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berasingan membabitkan kes rompakan barang kemas, pelupusan harta curi dan mencuri di rumah inap desa dalam kejadian berasingan di Melaka dan Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, Jasila Jamaruddin, 31, yang sedang mengandung lima bulan dan merupakan ibu kepada empat orang anak, serta suaminya Muhammad Aliff Aiman Zaini, 24, membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Melaka pada Jumaat.
00:00Seorang wanita hamil dan suaminya dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas tiga petuduhan berasingan membabitkan kes rompakan barang kemas,
00:08pelupusan harta curi dan mencuri di rumah inap desa dalam kejadian berasingan di Melaka dan Selangor.
00:14Tertuduh, Jasila Jamaruddin, 31 tahun yang sedang mengandung 5 bulan dan merupakan ibu kepada 4 orang anak,
00:21serta suaminya Muhammad Alif Aiman Zaini, 24 tahun, membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga petuduhan yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Session dan Mahkamah Magistrat di Melaka pada Jumaat.
00:34Di Mahkamah Session, Jasila didakwa melakukan rompakan dengan cara merampas seutas rantai tangan emas bernilai RM12,000 milik seorang wanita berusia 42 tahun di hadapan sebuah kafe di Bandar Baru Sungai Udang kira-kira jam 11 pagi pada 28 Mei lalu.
00:49Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenalkan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
01:02Hakim Hadir Yassiri kemudian menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 10 Jun 2025.
01:09Sementara itu, di Mahkamah Session berasingan di hadapan Hakim Ruhatul Akmar Abdullah, Muhammad Alif yang juga bekas pemandu lori mengaku bersalah atas pertuduhan melupuskan harta curi iaitu seutas rantai tangan emas di sebuah kedai pajak gadai di Hulu Langat, Selangor kira-kira jam 4 petang pada tarikh yang sama, 28 Mei.
01:29Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 1 tahun selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 412 Kanun Kesiksaan.
01:37Pasangan itu turut didakwa di Mahkamah Magistrat selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan dari sebuah unit rumah inap desa di Kota Laksamana pada jam 1 pagi 26 April lalu.
01:48Antara barangan yang dicuri termasuk selimut, seterika, syerik dan bantal dengan jumlah keseluruhan nilai RM1,100.
01:56Magistrat Uthman Abdul Ghani menjatuhkan hukuman penjara 5 bulan kepada kedua-dua tertuduk berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 4 Jun 2025.