Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 7/5/2025
Tindakan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, seolah-olah memberi isyarat bahawa soal integriti kehakiman tidak lagi menjadi keutamaan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan kerajaan itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat terhadap kebebasan badan kehakiman negara seperti yang tular di media sosial.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737119/berita/politik/pembangkang-persoal-khidmat-tengku-maimun-tidak-disambung

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #PN #KetuaHakimNegara #tengkuMaimun
Transcript
00:00So terkempar, tapi yang pentingnya kepada kita adalah
00:02mengapa kerajaan hari ini langsung tidak memikirkan tanggungjawab mereka
00:08melihat bahawa ini adalah sesuatu yang paling utama
00:12yang patut diberikan keutamaan bukan hanya last minute seperti ini
00:16sehingga kan ada suara-suara yang datang daripada penyokong kerjaan sendiri
00:21untuk menyambung atau memberikan sedikit peluang
00:28untuk Ketua Hakim Negara diberikan sekurang-kurangnya bulan lagi extension
00:34ini menunjukkan bahawa kerajaan yang ada hari ini
00:37langsung tidak mengambil kira tentang kepentingan masa depan
00:41dari segi perundangan dalam negara kita
00:44sepatutnya mereka sendiri faham dan sedar
00:47bila ada kolongan di kalangan penyokong mereka sendiri mahukan
00:51supaya Tun Maimun diberikan extension
00:55tapi hari ini sudah tidak berlaku
00:57maka sudah nampak bahawa kepentingan untuk menjaga
01:02perundangan atau kehakiman dalam negara kita ini
01:06langsung tidak diperdulikan
01:07ini yang kita persoalkan
01:09apakah kerana mereka nak mencari
01:12saya bukan mahu pre-amp
01:14tapi nampak gayanya
01:16inilah spekulasi yang ada di luar sana
01:19yang mengatakan
01:20seolah-olah perkara ini sengaja dilakukan
01:23untuk memberikan ruang
01:25mereka yang dinaikkan itu adalah
01:27penyokong kepada Perdana Menteri
01:29ini sudah menjadi
01:31perkara-perkara yang telah
01:33diperkatakan oleh rakyat
01:36dalam sosial media
01:37semua
01:37seluruh negara
01:38selamat menikmati

Recommended