Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan daripada tarikh tangkap terhadap seorang wanita yang dituduh atas pertuduhan pilihan membunuh anak sendiri (infantisid) lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Tertuduh, M Santhiea, 23, sebelum ini ditahan reman selama tiga bulan selepas tidak dibenarkan ikat jamin sebelum Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk dibebaskan dengan jaminan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742523/berita/semasa/wanita-dipenjara-tiga-bulan-denda-rm10000-bunuh-bayi-baru-lahir

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #bunuhbayi

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan daripada tarikh tangkap terhadap seorang wanita yang dituduh atas pertuduhan pilihan membunuh anak sendiri, Infantisit, 5 tahun lalu.
00:13Tertuduh M. Santia, 23 tahun, sebelum ini ditahan Rehman selama 3 bulan selepas tidak dibenarkan ikat jamin sebelum mahkamah rayuan membenarkan permohonannya untuk dibebaskan dengan jaminan.
00:25Hakim Rofiah Mohamad turut mengenakan denda sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh dan sekiranya gagal bayar, tertuduh boleh dikenakan penjara 5 bulan.
00:36Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara yang dikira daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 10 Julai 2020 hingga 14 September 2020 dan 30 Disember 2020 hingga 15 Januari 2021.
00:50Berdasarkan pengakuan tertuduh terhadap pertuduhan pilihan serta fakta kes yang diakui sepenuhnya tanpa syarat, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan pilihan tersebut.
01:04Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara tidak dicadangkan untuk tertuduh kerana ia akan lebih mengganggu kesihatan mentalnya.
01:12Difahamkan, keluarga tertuduh telah membayar wang denda berkenaan.
01:17Sebelum ini, tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas pertuduhan pilihan membunuh anak sendiri, infantisit, selepas membuang bayi perempuannya dari tingkap apatmen 5 tahun lalu.
01:29Tertuduh yang ketika itu berusia 18 tahun sebelum ini didakwa atas pertuduhan membunuh pada tahun 2020, namun pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif atas faktor keadaan mentalnya selepas bersalin dan berdasarkan keterangan beberapa saksi.
01:46Terima kasih kerana menonton!

Recommended