Kalau rasa tak selamat, jangan naik la - Dr M

  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan perkhidmatan teksi motosikal yang dikenali sebagai Gojek diperkenalkan di negara ini di mana ia mampu menjana pendapatan golongan berpendapatan rendah.

Kata Dr Mahathir, menjadi kebiasaan mana-mana pihak akan menentang cadangan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.

Semalam, Kabinet bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek, dan jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.

Syed Saddiq berkata keputusan Kabinet meluluskan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek, akan memberi peluang untuk anak muda terutamanya 'Mat Motor' untuk mendapatkan pekerjaan.