'Kalau air dah naik, saya tak tunggu lagi. Selamatkan orang dulu'
  • 2 years ago
Angkatan Tentera Malaysia tidak akan menunggu arahan untuk menyelamatkan orang ramai daripada banjir, kata panglimanya Affendi Buang.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa ATM turun membantu mangsa banjir tanpa kelulusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Mengakui pengurusan bencana agak kelam-kabut pada peringkat awal, Affendi berkata perkara itu sentiasa berlaku dalam keadaan bencana di mana-mana tempat.