'Kalau saya sokong PM kayangan ini, mana mungkin saya ada di pentas ini' - MP Machang
  • 4 years ago
Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub menafikan beliau salah seorang ahli parlimen UMNO yang menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru.

"Kalau saya menyokong Perdana Menteri kayangan (Anwar) ini, mana mungkin saya berada di pentas ini"

"Kita nak membina kerajaan Sabah pada 26 hari bulan ini adalah berasaskan Muafakat Nasional," kata ahli parlimen Machang itu dalam ceramahnya di program Ramah Mesra dan bual bicara bersama Najib Razak di Flat Karamunting, DUN Sekong, Sandakan, malam tadi.

Terdahulu, portal dalam talian The Vibes kemudian memetik sumber-sumber Umno yang mendedahkan mungkin terdapat 15 ahli parlimen parti itu yang menyokong Anwar.

Selepas itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz pada hari ini pula dipetik The Malaysian Insight berkata, "sekurang-kurangnya 10 anggota Parlimen Umno" tidak senang dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan pentadbiran PN.