'Saya tak setuju kalau Tun kata nak kurangkan hari ini'
  • 5 years ago
Presiden BERSATU Tan sri Muhyiddin Yassin mahu penjawat awam membaca dengan teliti kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan Sektor awam yang sudah terlalu besar dan bukannya mentafsir sebagai mahu mengurangkan penjawat awam.

“Saya harap jangan disalah tafsirkan. Dan media jangan salah tafsir, saya tahu ini (kenyataan itu) popular.

“Akan ada kata pegawai kerajaan marah jadi pilihan raya Semenyih mereka tidak akan sokong. Saya nak beritahu saya tak sokong kalau langkah itu kata esok nak kurangkan,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Semenyih.

Mahathir hari ini berkata kerajaan berhasrat membangunkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan seperti dalam sektor pembuatan.

Ini katanya, supaya kaedah berkenaan dapat mengurangkan kebergantungan rakyat untuk bekerja di sektor awam.

“Saya berpendapat hari ini jumlah anggota kerajaan terlalu besar dan ia perlu dikurangkan,” katanya pada sesi dialog bersama warga Angkatan Tentera Malaysia di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.