'Kalau Dr M nak lantik saya jadi menteri kewangan sekarang saya tak nak'
  • 5 years ago
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kewangan negara sekarang sememangnya sangat teruk.

Anwar turut membandingkan keadaan negara ketika beliau menajdi menteri kewangan.

"Saya selalu bergurau dengan menetri kewangan bahkan dengan Tun Mahathir. Kalau Tun nak lantik saya jadi menteri kewangan sekarang saya tak nak. Jadi menteri kewangan masa wang tak ada.

"Saya masa menteri kewangan dulu pertumbuhan ekonomi 10 peratus setahun. Sekarang 4.5 peratus, satu kali ganda lebih. Jadi dana kita cukup (dulu) bahkan ada lebihan saya boleh buat pra pembayaran 12 bilion. Kita boleh buat begitu sebab pengurusan kewangan teliti dan cermat. Sekarang kita warisi satu sistem," kata Anwar semasa berucap di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia: Dasar Bumiputera di UiTM Shah Alam semalam.