'Saya terkejut, ada menteri Umno minta saya kekal jadi ahli Parlimen'

  • 2 years ago
Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berpandangan, pemikiran secara 'hitam putih' dan pendekatan partisan yang diambil sesetengah ahli politik dalam menangani isu dasar awam sangat berbahaya kepada masyarakat.

Bercakap kepada Malaysiakini, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata ramai yang gagal memahami bahawa pembuatan dasar memerlukan masa yang panjang dan satu proses yang kompleks.

Dalam pada itu katanya, penghargaan terhadap sumbangannya sebagai pembuat dasar turut diterima daripada beberapa menteri Umno dan bekas menteri daripada Perikatan Nasional.

Recommended