'Sekarang selain jadi Menteri, kerja 'part time' saya jadi pelakon'
  • 6 years ago
Menteri Pengangkutan Anthony Loke secara berseloroh mengatakan yang kini beliau membuat kerja sampingan sebagai pelakon.

Beliau merujuk kepada penyertaannya didalam video sempena hari raya dan sempena menyambut kemerdekaan.

Sebelum itu Anthony mencadangkan bahawa kementeriannya dapat melaksanakan perhimpunan bulanan dengan lebih interaktif antaranya menyiarkan video selain dari ucapan bagi membuatkannya lebih santai dan tidak bosan.

Anthony berkata demikian ketika perhimpunan bulanan kementerian pengangkutan di Putrajaya hari ini.