Projek Perintis bike-hailing bermula Januari depan - Menteri Pengangkutan
  • 4 years ago
Projek perintis perkhidmatan bike–hailing yang juga dikenali teksi motosikal akan dilaksanakan di Lembah Klang bermula Januari depan.

Pelaksanaan projek perintis atau ‘proof of concept’ (POC) akan berlangsung enam bulan sebagai syarat yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan bertujuan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan bermotosikal itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi jaminan perkhidmatan bike-hailing akan dikenakan syarat yang setara dengan apa yang ditetapkan ke atas perkhidmatan e-hailing.

Katanya, kementerian pada masa ini dalam proses membangunkan rangka perundangan dan syarat bagi perkhidmatan itu seperti Dego Ride dan GoJek.