e-hailing bermula dengan MyTeksi, pemandu teksi ingatkan menteri
  • 5 years ago
Perkhidmatan e-hailing sudah lama diwujudkan menggunakan aplikasi MyTeksi, kata Presiden Elite Driver KL Fazli Fathil.

Fazli berkata demikian sebagai ingatan buat Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media selepas mengadakan perhimpunan aman oleh sekumpulan pemandu teksi di Padang Merbok, ibu negara hari ini.

Terdahulu, Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) menuntut kesamarataan di antara perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-hailing.

Presidennya Kamarudin Mohd Hussain berkata pihaknya tidak membantah perkhidmatan e-hailing daripada beroperasi namun pihaknya melihat komuniti e-hailing menikmati beberapa kelebihan berbanding pemandu teksi.