Bantuan khas RM500 untuk pemandu teksi, bas, e-hailing
  • 3 years ago
Kerajaan akan memberi bantuan khas 'one-off' RM500 kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 bas persiaran dan 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.