Wee nak jadi hero, konon juara projek rundingan terbuka - Loke
  • 2 years ago
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata jawapan bertulis parlimen Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong pada 3 Ogos membuktikan keputusan pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini mengenai projek Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa 2) (KVDT2) tidak salah.

Dalam jawapannya pada 3 Ogos, Wee memaklumkan bahawa projek KVDT2 akan diteruskan dengan kos dikekalkan pada RM4.475 bilion dan surat setuju terima (SST) telah dianugerahkan kepada Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd pada 29 Julai.

Loke menegaskan bahawa kos tersebut dikekalkan walaupun Wee pada 20 Ogos 2020 menyatakan kos projek itu akan menjadi lebih tinggi jika dibuat melalui rundingan terus.

DM-LTAT merupakan kontraktor yang sama dianugerahan kontrak KVDT2 secara rundingan terus semasa pentadbiran BN dan PH pada 2018 dan 2019.

Sumber: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/596544981829509