Nazri tak kisah tak jadi menteri, selesa berperanan jadi 'otai'
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menjelaskan beliau tidak kisah tidak dilantik sebagai menteri di bawah kerajaan Ismail Sabri Yaakob, memandangkan pernah memegang pelbagai jawatan di bawah kerajaan BN dahulu.

Dalam program bual bicara anjuran Umno Online malam tadi, Nazri berkata sebaliknya beliau selesa memainkan peranan sebagai ahli parlimen senior yang lebih bebas menyuarakan pandangan tanpa perlu mempertahankan keputusan kerajaan.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/919841662073128
Recommended