'Saya tahu seminggu lagi Christmas, tapi menteri tak perlu jadi Santa Claus'
  • 3 years ago
Wong Chen (PH-Subang) hari ini mempersoalkan tindakan Kementerian Kewangan menambah peruntukan bantuan Prihatin Nasional dari kepada RM11.2 bilion kepada RM 25.2 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM14 billion.

Beliau menyatakan, sebaliknya pertambahan peruntukan harus diberikan kepada Program Subsidi Upah yang hanya menerima penambahan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

Wong Chen turut menyifatkan tambahan peruntukan untuk bantuan Prihatin Nasional sebagai tindakan populis bagi memancing pengundi untuk pilihan raya umum akan datang.
Recommended