'Saya tahu rakyat marah, tapi tak mustahil Malaysia jadi macam India'

  • 3 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mempertahankan tindakan kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa daerah lain.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan kerana tidak mahu apa yang terjadi di India juga berlaku di Malaysia.

Kata Ismail lagi, Malaysia bakal mencatat 5,000 hingga 10,000 kes Covid-19 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berdasarkan ramalan KKM jika tiada intervensi segera daripada kerajaan.

Sumber video: https://www.facebook.com/ismailsabri60/videos/366391308138214