Rakyat Malaysia serbu pasaraya sehari sebelum perintah kawalan pergerakan

  • 4 years ago
Selepas perintah kawalan pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dua hari lepas, rakyat Malaysia menyerbu pasaraya berdekatan untuk membeli barangan keperluan.

KiniTV melakukan tinjauan di beberapa pasaraya untuk melihat sendiri keadaan.

Dalam masa setengah jam, hampir semua rak telah dikosongkan di pasar raya. Mi, pasta, beras dan makanan dalam tin . Malah tisu tandas juga habis dibeli.