'Sapura jadi GLC pada 2019, tak di bawah kawalan saya sebelum itu'
  • 2 years ago
Sapura Energy Bhd bukan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sehingga 2019 dan ia tidak berada di bawah bidang kuasa perdana menteri ketika itu, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian bagi menjawab kenyataan Rafizi Ramli, bahawa pengarah eksekutif Sapura dibayar gaji lumayan ketika Najib menerajui jawatan tertinggi itu.