'Kenapa mahu aibkan saya? Bukannya saya mahu jadi ketua menteri lagi' - Musa
  • 4 years ago
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman 'hairan' dengan serangan politik yang masih dilakukan oleh presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal terhadapnya di sepanjang kempen pilihan raya negeri Sabah.

"Apalah mahu aibkan saya? Apalah mahu malukan saya?"

"Bukan saya jadi calon lagi. Bukan saya mahu jadi ketua menteri lagi,"

Sebelum itu beliau menafikan terlibat dalam sebarang salah guna kuasa, rasuah dan pengambilan tanah seperti yang didakwa oleh Shafie dan menyifatkannya sebagai fitnah semata-mata.