Jika saya jadi PM, perkara pertama saya potong gaji, elaun menteri - Anwar

  • 2 years ago
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa dia bersedia untuk dipotong gaji dan elaun sebagai Perdana Menteri jika diberikan mandat pada PRU15.

Berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh malam tadi, pengerusi gabungan itu berkata ia merupakan tindakan pertama yang akan dilakukan sebaik diumum sebagai Perdana Menteri ke-10.

Selain itu katanya, pemotongan gaji akan dilakukan ke atas semua barisan Jemaah Menteri serta saiz kabinet akan turut dikecilkan.

Sumber video: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/683095166349188

Recommended