Pemain JDT setuju potong 33% gaji, sumbang separuh gaji pada Tabung Covid-19
  • 4 years ago
Pemain, jurulatih dan kakitangan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) bersetuju memotong 33 peratus gaji mereka dalam usaha meringankan beban kelab selain membantu pihak yang terjejas susulan penularan COVID-19.

Perkembangan itu diumumkan menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.

Menerusi kenyataan pasukan itu, mereka mengambil inisiatif terbabit atas dasar perikemanusiaan ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda semua lapisan masyarakat di negara ini.

Mereka juga akan mendermakan sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan itu menjadi pasukan pertama di negara ini yang melakukan pemotongan gaji susulan COVID-19.