Budak lelaki 12 tahun sumbang duit simpanan ke Tabung Harapan

  • 6 years ago
Seorang lelaki berusia 12 tahun, Ervin Devadasan sanggup mendermakan duit simpanan selama 6-8 bulan ke Tabung Harapan Malaysia.

Pada sidang akhbar di pusat khidmat Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh hari ini, Ervin menyerahkan tabungnya kepada pemimpin parlimen DAP, Lim Kit Siang sebagai sumbangannya kepada Tabung Harapan.

Pada mulanya kata remaja berusia 12 tahun itu duit simpanan itu bertujuan untuk membeli set dram tetapi kemudian memberitahu bapanya untuk menderma simpanannya kepada Tabung Harapan ketika mendengar tentang kewujudan kempen berkenaan.

Tabung Harapan Malaysia telah mengutip RM88.36 juta pada jam 3 petang semalam, meningkat sebanyak RM13.26 juta berbanding hari sebelumnya sebanyak RM75.1 juta.

Tabung Harapan Malaysia adalah idea kerajaan membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kearah pemulihan hutan negara tanpa paksaan.