Zulkifli kagum budak lelaki tenang terima kehilangan bapa kerana Covid-19
  • 3 years ago
Kesedihan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Bentong, Pahang, yang kehilangan bapanya akibat COVID-19 pada 15 Januari lalu, turut dirasai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli yang memuat naik video perbualannya dengan Mohamad Nor Atho'ullah Mohd Kamil melalui akuan FB, turut menyatakan perasaan kagum dengan ketenangan dipamerkan kanak-kanak itu.

Melalui ciapan dan video dikongsi itu, Zulkifli dilihat berbual sambil bertanya khabar Mohamad Nor Atho'ullah, manakala perkongsian itu turut ditonton ramai warganet.

Beliau turut menyatakan permohonan maafnya kerana tidak dapat hadir menziarahi Mohamad Nor Atho'ullah disebabkan kekangan masa.


Sumber video: https://twitter.com/drzul_albakri?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Eauthor