'Potong elaun ahli politik dan menteri bukan elaun kritikal doktor'
  • 4 years ago
Potong elaun ahli politik dan menteri, bukan elaun kritikal doktor, ahli farmasi serta jururawat muda.

Itu saranan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tidak bersetuju dengan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) mulai Januari 2020 bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmatan Kritikal yang baru dilantik.

Beliau menerusi rakaman video di Twitter rasminya berkata, tindakan pemansuhan elaun kritikal itu tidak wajar khusus bagi doktor dan jururawat muda.

"Saya bantah pekeliling baru JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) membabitkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.

"Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya, dan akan memulangkan setiap sen duit yang diterima sebagai ‘holiday’ elaun.

“Saya dah kurangkan 10 peratus dari gaji saya dan akan pastikan yang lain akan kurangkan juga sehingga masalah ini selesai," katanya.
Recommended