'Kalau negeri lain tak nak, saya cadang Johor buat PKP penuh selama 15 hari'
  • 3 years ago
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan mencadangkan negeri Johor untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 15 hari.

Beliau turut mencadangkan beberapa bantuan yang perlu diberikan kepada rakyat negeri itu sekiranya PKP penuh diadakan.

Contohnya memberi bantuan kepada golongan B40, moratorium, membeli vaksin dan beberapa cadangan lain.

Beliau berkata demikian dalam satu bicara yang disiarkan secara maya di sosial medianya.