Pegawai k'jaan cadang buang frasa 'saya yang menurut perintah'

  • 6 years ago
Seorang pegawai kerajaan hari ini meminta kerajaan menukar frasa penutup dalam surat rasmi perkhidmatan awam.

Beliau mencadangkan frasa yang digunakan hari ini iaitu "Saya yang menurut perintah" digantikan dengan "Saya yang menjalankan amanah".

Pegawai itu memberikan cadangan itu ketika sesi Town Hall Perdana Menteri bersama PTD di Putrajaya hari ini.

Katanya, perubahan itu akan mencerminkan prinsip penjawat awam yang amanah dalam menjalankan tugas, bukannya hanya mengikut perintah tanpa soal.

Menjawab cadangan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata akan menelitinya.

Recommended