Atlet, jurulatih Wilayah Persekutuan terima elaun penuh sepanjang PKP
  • 4 years ago
Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa hari ini mengumumkan kesemua atlet dan jurulatih yang bernaung di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) akan terus diberi elaun penuh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Langkah ini bagi menjaga kebajikan atlet dan jurulatih di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berikutan latihan sukan yang dibatalkan sepanjang PKP serta Kejohanan Sukan Malaysia yang ditangguhkan (SUKMA).