'Nak marah saya, marahlah. Saya tak peduli, ini KPI saya'
  • 5 years ago
Kementerian Pengangkutan akan meneruskan dasar tiada sebarang tawaran diskaun ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi setiap kesalahan lalu lintas.

Menterinya Anthony Loke berkata penguatkuasaan yang lebih tegas perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia kerana jumlah kemalangan jalan raya di negara ini masih tinggi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelanaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Tahun Baru Cina 2019 di Dengkil hari ini.
Recommended