“Tak nak datang, tak datang lah. Datang lah, ini kongres kita kan?
  • 4 years ago
Ada banyak ejen provokasi dalam parti itu kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya tidak tuduh sesiapa, biar polis jalankan siasatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kongres Nasional Wanita PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) semalam.

Kongres Pemuda PKR kecoh selepas bekas pengerusi tetap, Mizan Adli Mohd Nor dan penyokong dikatakan cuba masuk ke dalam dewan persidangan selepas tidak dibenarkan berbuat demikian.