Tak timbul soal rampas kerajaan, kita datang lepas PH jatuh - PAS
  • 4 years ago
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan hari ini menyatakan tidak timbul soal merampas kerajaan kerana pihak pembangkang hanya menyusun langkah selepas kejatuhan Pakatan Harapan.

Tujuan mereka sebagai pembangkang adalah untuk memulihkan kestabilan negara berikutan pertama kali berlaku kejatuhan satu kerajaan tanpa melalui satu pilihanraya.

Selain itu beliau mendakwa, mereka mempunyai sokongan lebih 130 kerusi dan akan memeterai pakatan baru yang dinamakan 'Perikatan Nasional'.