'Saya tak runsing orang nak mengata saya' - MB Perak
  • 3 years ago
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad tidak ambil pusing persepsi negatif sesetengah pihak terhadapnya setelah menjadi Menteri Besar Perak menggantikan Ahmad Faizal Azumu Disember lalu.

Menurutnya, beliau reda dengan ketentuan Tuhan dan akan menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Saarani berkata demikian dalam sesi 'Moh Mengopi Bersama MB' yang disiarkan secara langsung di Umno Online.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/265808291790619