Saya bukan orang luar, 9 tahun tekun di Perak - Anwar

  • 2 years ago
Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa dia bukan 'orang luar' di Perak sambil menyebut pengalamannya menetap di negeri itu termasuk dua tahun dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting.

Anwar berkata demikian sebagai respons kepada penyandang kerusi Tambun, Ahmad Faizal Azumu yang mengalu-alukan hasratnya bertanding di situ namun menggambarkannya sebagai orang luar.

Sumber video: https://www.facebook.com/pakatanharapan.my/videos/419572660371654