'Kalau saya tak lapor, orang ingat kerajaan tak buat apa-apa' - Ismail
  • 4 years ago
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mempertahankan sidang media hariannya dan menegaskan bahawa ia perlu diadakan untuk memberi kemas kini mengenai tindakan diambil kerajaan dalam menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Ismail mengulas kritikan ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mahu beliau berhenti mengadakan sidang media harian jika tiada pengumuman substantif yang dapat membantu rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut meminta semua pihak untuk melupakan perbezaan politik ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan bersama dalam memerangi penularan virus itu
Recommended