'Kalau dia buat tak apa, orang lain buat dia katakan rasuah dan macam-macam'
  • 4 years ago
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan malam tadi menyelar Warisan yang disifatkan turut 'membeli' ahli-ahli Dewan Undangan Sabah yang menyokong bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman selepas PRU-14 bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.

"Tidak timbul kerajaan tebuk atap ke tidak. Ini negara yang mengamalkan demokrasi"

"Kalau di Sabah dia (Warisan) boleh terima. Di Sabah BN menang pada PRU-14. Di Sabah, kita cukup kerusi dan Musa Aman telah angkat sumpah,"

"Tapi mereka membeli pulak ahli-ahli DUN, banyak yang melompat. Tapi kalau dia buat tak apa, kalau orang lain buat ini semua dia kata rasuah macam-macam," katanya ketika berkempen untuk calon BN di DUN Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya malam tadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=247347536551387&ref=search
Recommended