'Nampak macam Dr M seorang yang bersungguh kejar pesalah rasuah'
  • 5 years ago
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, Pakatan Harapan telah melakukan yang terbaik dalam memerangi rasuah tetapi kelihatan seperti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang ke depan dan bersungguh dalam mengejar pelaku rasuah.

Justeru Akhbar berharap para menteri lain akan menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka juga menentang mereka yang terlibat dalam rasuah.

Akhbar menjawab soalan wartawan yang menanyakan sama ada PH melakukan yang terbaik dalam menangani kes rasuah.