'Saya tak nampak aktiviti yang aktif' - SPR jawab Wendy isu peraih undi

  • 4 years ago
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun telah memberi respon kepada aduan Gerakan mengenai kempen pengundian yang berlangsung di luar pusat pengundian pagi ini.



Penyokong BN dikatakan berada terlalu dekat dengan pusat pengundian.

Menurutnya, jika tidak berlaku aktiviti aktif seperti bercakap kepada pengundi, maka ia dibenarkan.
Apabila bertemu di luar SJK (C) Yu Ming kira-kira pukul 9 pagi, calon Gerakan, Wendy Subramaniam bercakap kepada pemberita dan menyifatkan BN sebagai pesalah utama.