SPR masih bimbang soal keselamatan cadangan e-Undi

  • 4 years ago
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini berkata SPR masih keberatan melaksanakan pengundian elektronik (e-undi) di Malaysia kerana masih bimbang isu keselamatan dalam proses itu.

"Itu masih dijalankan kerana saya amat bimbang tentang keselamatan dan bagaimana untuk memuaskan hati pengundi bahawa apa yang mereka undi itulah yang dimasukkan ke dalam sistem."

Selain meyakinkan pengundi, katanya dia juga bimbang dengan cubaan menggodam EVM.