Jangan bimbang, sebelum celup dakwat, tangan akan disanitasi terlebih dahulu - SPR

  • 4 years ago
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh menasihati pengundi supaya tidak bimbang ketika proses membuang undi yang perlu menggunakan jari dan dakwat celup yang mungkin boleh terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.

Jelasnya, pengundi tidak perlu bimbang kerana setiap pengundi yang hadir akan disanitasi tangan mereka terlebih dahulu.

Manakala katanya, bagi yang bergejala pula akan mengundi di tempat khas yang tidak terdedah dengan pengundi yang sihat.

Beliau berkata demikian ekoran kes Covid-19 melonjak naik di negeri tersebut sekaligus mencetuskan ketakutan kepada pengundi untuk keluar mengundi.