Vaksin Russia- KKM akan kaji dahulu sebelum buat tempahan
  • 4 years ago
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan akan membuat kajian terlebih dahulu mengenai vaksin Covid-19 yang diluluskan oleh Russia sebelum membuat sebarang tempahan.

Beliau juga berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat pesanan vaksin tersebut.

Selasa lalu, Russia mengumumkan menjadi negara pertama yang memberikan kelulusan peraturan untuk vaksin Covid-19, selepas menjalankan ujian manusia kurang daripada dua bulan.