'KKM lulus vaksin Pfizer bagi kanak-kanak 5-11 tahun'
  • 2 years ago
Kerajaan akan membuka empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi dengan kapasiti yang lebih besar bermula 15 Januari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata empat PPV integrasi itu ialah PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV IDCC, Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Selain itu katanya, KKM telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin keluaran Pfizer iaitu ‘Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection’ yang akan digunakan bagi imunisasi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.