KKM perlu 90 hingga 120 hari untuk nilai vaksin Pfizer - Dr Noor Hisham
  • 3 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham memaklumkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memerlukan 90 hingga 120 hari untuk melakukan penilaian terhadap vaksin Pfizer berdasarkan dokumen yang disediakan syarikat itu.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun menerima permohonan untuk pendaftaran vaksin itu pada 15 Disember yang lalu dan 11 orang pakar telah dikenalpasti untuk menilai dokumen yang diserahkan kepada KKM.