Menteri: Peruntukan RM3 bilion bukan untuk vaksin Pfizer saja
  • 3 years ago
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa keseluruhan RM3 bilion yang disediakan untuk akses kepada vaksin akan digunakan untuk membeli vaksin daripada syarikat Amerika Syarikat, Pfizer.

Katanya, nilai perjanjian dengan Pfizer dan menerusi Covid-19 Vaccine Global Access (Covax) untuk vaksin bagi 70 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam peruntukan RM3 bilion tersebut.

Khairy menjawab soalan Dzulkefly Ahmad (PH - Kuala Selangor) yang meminta perincian harga perolehan vaksin berkenaan.